Skip to main content

LZNK – Portal Rasmi

28 October

LZNK DAN KUMPULAN FGV PERKUKUH PEMBANGUNAN ASNAF MELALUI TAJAAN PENDIDIKAN RM255,000

ALOR SETAR, 28 Oktober 2026 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terus memperkukuh usaha pembangunan asnaf melalui pendidikan menerusi tajaan berjumlah RM255,000 kepada 20 penerima terpilih di KHTP Skills Centre hasil wakalah agihan zakat Kumpulan FGV. Komitmen tersebut dizahirkan menerusi Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Wakalah Agihan Zakat Kumpulan FGV Tahun 2026 yang berlangsung di […]

13 October

PERWIRA BERZAKAT, UMMAH BERKAT: LZNK SALUR WAKALAH ZAKAT PENDAPATAN KEPADA KEM ATM DI KEDAH

SUNGAI PETANI, 30 Ogos 2026 – Perwira bukan sahaja berdiri di barisan hadapan dalam mempertahankan keamanan negara, malah turut memainkan peranan dalam menjaga kesejahteraan ummah melalui pelaksanaan tanggungjawab berzakat. Di sebalik uniform dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut memikul tanggungjawab untuk berkongsi rezeki dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui zakat. […]

21 September

PROGRAM SENTUHAN UMMAH PERKUKUH JARINGAN AGIHAN ZAKAT DI DAERAH YAN

YAN, 21 September 2026 – Agihan zakat akan lebih bermakna apabila ia dapat disampaikan lebih dekat kepada komuniti, khususnya golongan yang memerlukan. Semangat tersebut diteruskan menerusi Program Sentuhan Ummah dan Pelancaran Pusat Agihan Bekalan Makanan Foodbank CIMA Berhad di Daerah Yan.   Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) diwakili Timbalan Ketua Pegawai Operasi LZNK, Dr. Haji […]

8 September

176 PELAJAR KEDAH TERIMA SOKONGAN ZAKAT LANJUT PENGAJIAN KE MESIR DAN JORDAN

ALOR SETAR, 8 September 2026 – Seramai 176 pelajar anak Kedah bakal melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan bagi sesi pengajian tahun 2026 dengan sokongan pendidikan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Daripada jumlah tersebut, seramai 168 pelajar akan melanjutkan pengajian ke Mesir, manakala lapan pelajar akan melanjutkan pengajian ke Jordan. Bagi membantu urusan perjalanan […]

7 August

RHB ISLAMIC BANK BERHAD DAN LZNK PERKASA KOMUNITI ASNAF SUNGAI MERBOK

KUALA MUDA | 6 Ogos 2026 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama RHB Islamic Bank Berhad telah melaksanakan Projek Sinergi Pembangunan Komuniti Asnaf Qariah Sungai Merbok bernilai RM410,065.50 sebagai usaha memperkukuh pembangunan sosioekonomi komuniti asnaf secara menyeluruh. Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Haji Zakaria […]

15 July

LZNK DAN PNB PERKASA PEMBANGUNAN UMMAH DI PULAU TUBA, LANGKAWI

LANGKAWI, 14 Julai – Majlis Perasmian Projek Pembangunan Ummah di Pulau Tuba telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Al-Wafa, Pulau Tuba, sebagai manifestasi kerjasama strategik antara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam memperkukuh pembangunan sosioekonomi ummah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman […]

14 July

MENYANTUNI DARI RUMAH KE RUMAH, MEMBAWA SINAR BAHARU KEPADA ASNAF YANG DIUJI

LANGKAWI, 13 Julai – Seramai empat orang asnaf telah disantuni menerusi Program Sentuhan Ummah Daerah Langkawi (Ulu Melaka). Program ini bukan sekadar ziarah, malah menjadi medium untuk mendekati kehidupan asnaf, meneliti keadaan sebenar mereka, mengenal pasti keperluan semasa serta menilai bentuk agihan susulan yang bersesuaian bagi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memenuhi keperluan mereka. Program […]

10 May

HLB ISLAMIC DAN LZNK MENYANTUNI ASNAF SERTA MELAWAT PROJEK PEMBANGUNAN

YAN, 9 Mei 2026 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerima kunjungan delegasi Jawatankuasa Syariah HLB Islamic dalam satu lawatan penanda aras yang memfokuskan kepada perkongsian pengurusan zakat serta pembangunan asnaf. Delegasi HLB Islamic diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif HLB Islamic, Dafinah Ahmed Hilmi bersama Prof. Datin Dr. Rusni Hassan yang mengetuai Ahli Jawatankuasa Syariah […]

6 May

WAKAF BERPOTENSI PACU EKONOMI MAMPAN UMMAH

6 Mei 2026 – Peranan wakaf dalam membentuk masa depan ekonomi ummah terus menjadi fokus apabila Bengkel Wakaf dan Ekonomi Kitaran dianjurkan bagi membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam terhadap potensinya dalam landskap ekonomi semasa. Program yang berlangsung di peringkat Wilayah Utara ini menghimpunkan beberapa institusi utama termasuk Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Majlis […]