LZNK – Portal Rasmi

Jenis-jenis zakat

Zakat Saham

PENGENALAN

Jenis zakat harta yang ketiga adalah zakat saham. Untuk pengetahuan anda, zakat saham dikenakan ke atas pegangan ekuiti yang diperoleh melalui pasaran modal seperti saham, unit amanah, ETF, REIT, dana indeks, bon, sukuk, derivatif dan juga ke atas syarikat persendirian dan koperasi.

Definisi

Zakat yang dikeluarkan ke atas perlaburan saham yang telah genap setahun (haulnya) dan cukup nisabnya.

SYARAT - SYARAT

Syarat Tambahan

  1. Pelaburan yang halal dan menepati Syara’.

KADAR & PENGIRAAN

Kaedah Kiraan

  1. Saham berbentuk simpanan
    • Zakat dikenakan sebanyak 2.5% atas harga terendah dalam tempoh setahun. Cara pengiraannya adalah sama seperti kaedah pengiraan zakat wang simpanan. Dapatkan jumlah nilai terendah dalam tempoh setahun, jika menyamai atau melebihi nisab darab dengan kadar zakat 2.5%
    •  
  2. Zakat berbentuk jual beli (trading)
    • Zakat dikenakan sebanyak 2.5% atas nilai saham pada akhir tahun/tarikh cukup haul.
    •  
  3. Contoh:
    • 1 lot = 1,000 unit
    • Harga beli 1 jan 2013 = RM 10.00 seunit (1 Lot = 1,000 unit X RM10 = RM 10,000)
    • Harga pada tarikh cukup haul = RM 9.00 seunit (20 Disember 2013) (1 Lot = 1,000 unit X RM9 = RM 9,000)
    • Zakat yang dikenakan = RM 9,000 X 2.5% = RM225.00

PENAKSIRAN SAHAM NAIK TURUN

BIL SAHAM SYARIKATNILAI SAHAM CONTOH NISAB PADA AKHIR TAHUNNILAI SAHAM CONTOH NISAB PADA AKHIR TAHUNCONTOH NISAB
PADA AKHIR TAHUN
1.SYARIKAT X5,000 UNIT X RM1.00
= RM 5,000.00
5,000 UNIT X RM3.50
= RM 17,500.00
2.SYARIKAT Y3,000 UNIT X RM1.50
= RM 4,500.00
3,000 UNIT X RM0.80
= RM 3000.00
3.SYARIKAT Z1,500 UNIT X RM1.00
= RM 1,500.00
1,500 UNIT X RM1.00
= RM 1,500.00
JUMLAH9,500 UNIT
= RM 11,000.00
9,500 UNIT
= RM 22,000.00

Wahai orang-orang yang beriman nafkahkanlah (berzakatlah) sebahagian daripada apa yang baik yang kamu perolehi daripada usaha kamu dan dari apa yang kami keluarkan untuk kamu dari bumi. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya ( lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat ) padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu ( kalau diberikan kepada kamu ), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji.

(*Surah Al-Baqarah : 267)

FAQ

Tidak, zakat hanya dikenakan ke atas aset patuh Syariah sahaja. Zakat juga tidak dikenakan ke atas keuntungan pelupusan saham yang telah diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah; keuntungan daripada pelupusan tersebut perlu diurus sesuai dengan nasihat Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjya Sekuriti Malaysia (SC).

Kira & Tunaikan Zakat
Saham Sekarang