LZNK – Portal Rasmi

Jenis-jenis zakat

Zakat Haiwan Ternakan

PENGENALAN

Zakat haiwan ternakan dikeluarkan untuk binatang-binatang yang dijadikan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta. Binatang-binatang ternakan ini akan dikenakan zakat dengan syarat binatang ternakan itu dipelihara dan mendapat hasil daripadanya sama ada dijual hidup-hidup atau terima hasil daripada penjualan daging atau susu. Namun begitu, binatang yang digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah atau mengangkut barang tidak dikenakan zakat ternakan.

Definisi

Zakat binatang ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu,kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.

 

SYARAT - SYARAT

Syarat Tambahan

Hendaklah ianya Saimah iaitu dipelihara di padang terbuka pada kebanyakan masa di mana kehidupan dan kesihatannya hanya bergantung kepada pemakanannya di tempat terbuka itu.

Daripada Mu’az bin Jabal r.a

Rasulullah S.A.W. telah mengutuskan aku ke Yaman. Baginda memerintahkan aku mengambil seekor tabi’ atau tabi’ah pada setiap 30 ekor lembu, dan seekor musinnah daripada setiap 40 ekor lembu

*Riwayat at-Tirmizi (623) Abu Daud (1576)

KADAR PENGIRAAN

Kaedah Kiraan

Zakat yang perlu dikeluarkan apabila bilangan ternakan melebihi kadar nisab seperti berikut:

Lembu / Kerbau

Mencukupi 30 ekor atau lebih

Kambing / Biri-Biri

Mencukupi 40 ekor atau lebih

Unta

Mencukupi 5 ekor atau lebih

ZAKAT LEMBU / KERBAU

KADAR NISABKADAR ZAKAT
BILANGAN (EKOR)BILANGANJANTINAUMUR
30-391 EKOR JANTAN1 TAHUN LEBIH*
40-491 EKORBETINA2 TAHUN LEBIH*
60-692 EKORJANTAN / BETINA1 TAHUN LEBIH*
70-791 EKOR / 1 EKORBETINA1 TAHUN LEBIH* & 2 TAHUN LEBIH
80-892 EKORJANTAN2 TAHUN LEBIH*
90-993 EKORJANTAN / BETINA1 TAHUN LEBIH*
100-1092 EKOR & 1 EKORBETINA / JANTAN1 TAHUN LEBIH* & 2 TAHUN LEBIH
110-1192 EKOR & 1 EKORBETINA / JANTAN1 TAHUN LEBIH* & 1 TAHUN LEBIH
120-1293 EKOR / 4 EKORBETINA / JANTAN2 TAHUN LEBIH* / 1 TAHUN LEBIH

Panduan:

1. Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan diatas maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu jantan (tabi’) yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina (musinnah) yang berumur 2 tahun.

2. Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada peliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

ZAKAT KAMBING / BIRI-BIRI

Panduan:

1. Setiap pertambahan 100 ekor, zakat ditambahkan 1 ekor kambing berusia 2 tahun dan seterusnya.

2. Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.

3. Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakat mengikut pilihan tuannya sama ada kambing atau biri-biri.

FAQ

Boleh membayar zakat ternakan menggunakan wang ringgit. Dengan demikian akan mendatangkan lagi kemaslahatan kepada mustahiq dan memudahkan urusan bagi pihak pentadbiran zakat negeri. Boleh rujuk pembayaran Zakat Fitrah & Zakat Padi menggunakan wang ringgit.

Kira & Tunaikan Zakat Haiwan Ternakan