Zakat pendapatan adalah satu bentuk zakat yang dikenakan ke atas pendapatan individu di Malaysia. Ini adalah sumbangan wajib yang ditetapkan oleh undang-undang Islam, dan ia digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat.
Apa Itu Zakat Pendapatan? Zakat pendapatan merupakan salah satu zakat yang dikenakan terhadap semua umat Islam. Zakat pendapatan ini dikenakan ke atas semua jenis sumber pendapatan, hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan dan aktiviti yang menghasilkan pendapatan.
Seorang Muslim, apabila cukup syarat wajib baginya, perlu membayar zakat pendapatan setiap tahun ke atas segala perolehan wang atau gaji untuk tahun itu. Malahan, kepentingan membayar zakat dapat dilihat dalam Rukun Islam sendiri, iaitu Rukun Islam keempat: Kewajiban membayar zakat (bagi mereka yang berkemampuan).
Tentunya terdapat banyak kelebihan diwajibkan membayar zakat. Ia mempunyai kebaikan untuk kedua-dua pihak individu serta masyarakat dan ummah. Antara kelebihan zakat termasuk:-
Jawatankuasa fatwa telah mengkaji mengenai pembayaran zakat ke atas pendapatan gaji dan lain-lain sumber pendapatan yang diterima yang ada kaitan dengannya dan bersetuju memberi pandangan bahawa wang gaji, elaun, hadiah dan lain-lain pendapatan yang diberi oleh seseorang dari masa ke semasa hendaklah dengan bertaqlidkan Mazhab Hanafi disatukan dengan wang yang terkumpul dan hendaklah dizakatkan ketika genap haul yang bermula dari sejak cukup nisab, ini bermakna apa-apa pendapatan yang diperolehi pada pertengahan haul, hendaklah dizakatkan sekali pun belum genap haul bagi tiap-tiap satu pendapatan itu.
(Diwartakan pada 10 April 1986 dibawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1962 Bil. 9).
KAEDAH A (Tanpa Penolakan)
|
Pendapatan Kasar
|
Kiraan dan zakat yang dikenakan
|
|---|---|
|
Contoh RM3,500 x 12 Bulan
= RM42,000.00 |
Kadar RM42,000.00 X 2.5% setahun.
= RM1050.00 ÷ 12 bulan = RM 87.50 (Sebulan) |
KAEDAH B – Pendapatan setahun ditolak dengan keperluan hidup (asas)
|
Gaji Tahunan
|
Ditolak Keperluan Hidup
|
Kiraan Zakat
|
|---|---|---|
|
RM4,000 x 12 Bulan
|
i - Diri sendri (setahun) = RM10,000.00
ii - Isteri (setahun) = RM4,000.00 iii. Anak (setiap orang) = RM2,000.00 iv - Caruman KWSP (pekerja) = Rm2,400.00 v - Penolakan Tabung Haji (Konsisten) = RM2,400.00 Jumlah Penolakan = RM 23,020.00 |
Baki Pendapatan : RM48,000.00 - RM23,020.00 = Rm24,980.00
Kadar zakat yang dikenakan : Setahun (RM24,980.00 x 2.5%) = RM625.50 (setahun) / RM52.04 (sebulan) |
Semua pembayaran zakat boleh ditolak daripada cukai pendapatan individu berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A (3) pada tahun semasa.
Bagi Syarikat Berhad & Sdn. Bhd. Jumlah potongan zakat perniagaan yang layak dinikmati adalah maksimum 2.5% daripada pendapatan agregat syarikat bagi 1 Tahun taksiran.
Perniagaan milikan tunggal & perkongsian layak menikmati rebat penuh cukai ke atas pembayaran zakat perniagaan.
Bagi mereka yang membuat potongan zakat bulanan, majikan boleh membuat penyesuaian PCB yang harus dipotong.
Zakat dibayar : RM 55.00
PCB patut dipotong : RM 95.00
PCB perlu dipotong : RM 40.00 (RM 95-RM 55)
Zakat dibayar : RM 85.00
PCB patut dipotong : RM 50.00
PCB perlu dipotong : Tiada