17 SYARIKAT KORPORAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM28.3 JUTA KEPADA LZNK
PETALING JAYA, 23 NOVEMBER 2026 – Sebanyak 17 syarikat korporat telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM28,313,577.70 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sempena Majlis Apresiasi Rakan Strategik LZNK 2026 yang berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya. Majlis tersebut diserikan dengan keberangkatan DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah, yang mewakili KDYMM […]




