Zakat perniagaan merupakan satu jenis zakat harta yang wajib dikeluarkan oleh peniaga-peniaga yang beragama Islam sahaja. Zakat yang dikeluarkan adalah daripada hasil perniagaan dan dikenakan ke atas semua bentuk perniagaan sama ada persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi, perniagaan saham dan sebagainya.
Cara Kira Zakat Perniagaan
Secara asasnya, cara pengiraan zakat perniagaan dilakukan melalui tiga kaedah yang berbeza mengikut jenis perniagaan. Berikut merupakan tiga kaedah untuk panduan anda:
Modal Kerja
[Aset Semasa – Liabiliti Semasa] x Peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus
Kebiasaannya, digunakan oleh syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Enterprise, Trading dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.
Modal Berkembang
[Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap] x Peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus
Sesuai digunakan bagi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang tidak ada pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.
Untung Rugi
[Hasil/Jualan/Perolehan – Belanja/Kos yang Ditanggung] x 2.5 peratus
Sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tidak ada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit. Contohnya adalah seperti pasar tani, pasar malam, restoran, dan lain-lain perniagaan yang berkaitan.
| (A) Aset yang diwajibkan zakat pada tarikh cukup haul | RINGGIT MALAYSIA (RM) |
|---|---|
| Tunai dan Setara Tunai (Akaun Simpanan ,Akaun Semasa dan lain-lain) | 15,000 |
| Stok barang jualan (anggaran sahaja jika tiada rekod yang tepat) | 10,000 |
| Penghutang dagangan (anggaran yang diyakini kutipannya sahaja) | 20,000 |
| Jumlah | 45,000 |
| (B) Hutang perniagaan pada tarikh cukup haul (ditolak daripada nilai aset) | |
| Pembekal stok jualan (nilai hutang kepada semua pembekal) | 10,000 |
| Belanja operasi belum bayar (sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja dan sebagainya) | 9,900 |
| Tolakan lain : Pendapatan Faedah Bank Konvensional | 100 |
| Jumlah | 25,000 |
| (C) (x) % Milikan Muslim (Sekiranya berkaitan) | |
| (D) Nilai bersih aset diwajibkan zakat (A-B x C=D) | 25,000 |
| Jumlah zakat = Nilai D x 2.5% (Kadar Zakat) | 625.00 |
Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaaan atau jual beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solat serta menunaikan Zakat.
(Surah An-Nur : Ayat 37)