Dalam Islam, emas merupakan simbol kekayaan harta yang bernilai dan mempunyai potensi untuk berkembang dari segi nilai. Oleh sebab keistimewaan yang dimilik oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas.
Pengenalan
Zakat yang diwajibkan ke atas emas yang dimiliki dan emas perhiasan yang melebihi nilai ‘uruf.
Syarat Khusus Zakat Emas
Syarat-syarat umum wajib zakat adalah terpakai.
Syarat khusus emas perhiasan wanita ialah melebihi kadar uruf yang ditetapkan oleh pihak berkuasa zakat.
1. Emas Simpanan
2. Emas Perhiasan
Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah ( tidak mengeluarkan zakat ), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak ( dan harta benda ) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka),inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan ( azab dari ) apa yang kamu simpan itu. (Surah At-Taubah : 34-35)
| BIL | EMAS KATEGORI | PERATUSAN KETULENAN(%) |
|---|---|---|
| 1. | 24K / 995 /999 | 99.5 -100 |
| 2. | 956 | 96.5 |
| 3. | 23K / 950 | 95 |
| 4. | 22K / 916 | 91.6 |
| 5. | 21K / 875 | 87.5 |
| 6. | 20K / 835 | 83.5 |
| 7. | 19K / Paun | 79 |
| 8. | 18k / 750 | 75 |
| 9. | 14k / 585 | 58.5 |
| 10. | 9k / 375 | 37.5 |
Fatimah memiliki dan memakai 250 gram emas (200 gram emas 999, 50 gram emas 916), maka ia sudah melebihi kadar kebiasaan (uruf). Harga semasa emas per gram berdasarkan nisab Taqdiri LZNK
(rujuk jom.zakatkedah.com.my)
Kiraan zakatnya ialah :
Tentukan jenis dan peratus ketulenan emas (rujuk kalkulator sistem jom.zakatkedah.com.my) :
| BIL | KATEGORI EMAS | PERATUSAN KETULENAN | BERAT EMAS | BERAT BATU PERMATA | BERAT KESELURUHAN | BERAT EMAS TULEN |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1. | 24K /995/999 | 100.00% | 200 | 0 | 200 | 200 |
| 1. | 22K / 916 | 91.60% | 50 | 0 | 50 | 45.80 |
| 245.8g | ||||||
Aminah memiliki simpanan emas seberat 140 Gram (70 gram emas 916, 70 gram emas 875),
maka ia sudah mencapai/melebihi nisab emas simpanan iaitu 85 gram dan haul 1 tahun.
Kiraan zakatnya ialah :
Tentukan jenis dan peratus ketulenan emas
(rujuk kalkulator sistem jom.zakatkedah.com.my) :
| BIL | KATEGORI EMAS PERATUSAN | KETULENAN | BERAT EMAS | BERAT BATU PERMATA | BERAT KESELURUHAN | BERAT EMAS TULEN |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1. | 22K /916 | 91.60% | 70g | 0 | 70 | 64.12g |
| 1. | 21K / 875 | 87.50% | 70g | 0 | 70 | 61.25g |
| 125.37g | ||||||
| Jumlah Berat Emas Tulen | : 125.37 Gram x RM 454.34 (Contoh Harga Emas 1 Gram) |
|---|---|
| Harga Mengikut Berat | : RM 56,960.61 |
| Kadar Zakat | : 2.5% x RM56,960.61 = RM 1,424.02.05 |