Skip to main content

LZNK – Portal Rasmi

10 August

LZNK & AFFIN ISLAMIC PERKUKUH SINERGI, PERKASA EKONOMI ASNAF

YAN, 9 Ogos 2026 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Affin Islamic Bank Berhad dalam memperkasa ekonomi asnaf menerusi pemanfaatan dana zakat dan wakalah bagi pembangunan sektor pertanian. Kerjasama tersebut dizahirkan menerusi Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan, Wakalah Agihan Zakat dan Perasmian Loader Crane yang berlangsung di Tapak Smart Sawah Berskala […]

7 August

RHB ISLAMIC BANK BERHAD DAN LZNK PERKASA KOMUNITI ASNAF SUNGAI MERBOK

KUALA MUDA | 6 Ogos 2026 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama RHB Islamic Bank Berhad telah melaksanakan Projek Sinergi Pembangunan Komuniti Asnaf Qariah Sungai Merbok bernilai RM410,065.50 sebagai usaha memperkukuh pembangunan sosioekonomi komuniti asnaf secara menyeluruh. Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Haji Zakaria […]

29 July

LZNK KONGSI FORMULA SINERGI ZAKAT, SUMBER AM DAN WAKAF DI KONVENSYEN BAITULMAL KEBANGSAAN 2026

KUALA NERUS, 28 Julai 2026 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berkongsi pendekatan strategik dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi ummah menerusi penyertaan dalam Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2026 yangberlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman, telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Sinergi Zakat, Sumber Am dan Wakaf: Formula Komprehensif […]

21 July

LZNK KONGSI PENGALAMAN PERKASA EKONOMI PETANI DI MUZAKARAH 2026

KOTA KINABALU, 21 Julai – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berkongsi pengalaman dalam memperkasa ekonomi petani menerusi pembangunan sektor padi berasaskan wakaf pada Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara (MUZAKARAH) 2026 yang berlangsung di Hilton Kota Kinabalu, Sabah. Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria Othman berkata, institusi zakat bukan sahaja berperanan mengagihkan bantuan kepada golongan yang […]

15 July

LZNK DAN PNB PERKASA PEMBANGUNAN UMMAH DI PULAU TUBA, LANGKAWI

LANGKAWI, 14 Julai – Majlis Perasmian Projek Pembangunan Ummah di Pulau Tuba telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Al-Wafa, Pulau Tuba, sebagai manifestasi kerjasama strategik antara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam memperkukuh pembangunan sosioekonomi ummah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman […]

14 July

MENYANTUNI DARI RUMAH KE RUMAH, MEMBAWA SINAR BAHARU KEPADA ASNAF YANG DIUJI

LANGKAWI, 13 Julai – Seramai empat orang asnaf telah disantuni menerusi Program Sentuhan Ummah Daerah Langkawi (Ulu Melaka). Program ini bukan sekadar ziarah, malah menjadi medium untuk mendekati kehidupan asnaf, meneliti keadaan sebenar mereka, mengenal pasti keperluan semasa serta menilai bentuk agihan susulan yang bersesuaian bagi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memenuhi keperluan mereka. Program […]

10 May

HLB ISLAMIC DAN LZNK MENYANTUNI ASNAF SERTA MELAWAT PROJEK PEMBANGUNAN

YAN, 9 Mei 2026 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerima kunjungan delegasi Jawatankuasa Syariah HLB Islamic dalam satu lawatan penanda aras yang memfokuskan kepada perkongsian pengurusan zakat serta pembangunan asnaf. Delegasi HLB Islamic diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif HLB Islamic, Dafinah Ahmed Hilmi bersama Prof. Datin Dr. Rusni Hassan yang mengetuai Ahli Jawatankuasa Syariah […]

6 May

WAKAF BERPOTENSI PACU EKONOMI MAMPAN UMMAH

6 Mei 2026 – Peranan wakaf dalam membentuk masa depan ekonomi ummah terus menjadi fokus apabila Bengkel Wakaf dan Ekonomi Kitaran dianjurkan bagi membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam terhadap potensinya dalam landskap ekonomi semasa. Program yang berlangsung di peringkat Wilayah Utara ini menghimpunkan beberapa institusi utama termasuk Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Majlis […]

16 March

MAJLIS AGIHAN ZAKAT & BERBUKA PUASA BERSAMA TUANKU SULTAN KEDAH 2026

ALOR SETAR, 15 Mac 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Agihan Zakat dan Berbuka Puasa di Dewan Insaniah, Kompleks Lembaga Zakat Negeri Kedah. Dalam majlis tersebut, baginda turut menerima zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat dengan jumlah keseluruhan RM6.73 juta. […]