PERWIRA BERZAKAT, UMMAH BERKAT: LZNK SALUR WAKALAH ZAKAT PENDAPATAN KEPADA KEM ATM DI KEDAH
SUNGAI PETANI, 30 Ogos 2026 – Perwira bukan sahaja berdiri di barisan hadapan dalam mempertahankan keamanan negara, malah turut memainkan peranan dalam menjaga kesejahteraan ummah melalui pelaksanaan tanggungjawab berzakat. Di sebalik uniform dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut memikul tanggungjawab untuk berkongsi rezeki dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui zakat. […]




