LZNK – Portal Rasmi

Jenis-jenis zakat

Zakat Fitrah

PENGENALAN

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hukum Zakat Fitrah & Siapa Yang Wajib Membayarnya?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

 

SYARAT - SYARAT

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

TEMPOH BAYARAN

Tempoh bayaran Dibuat

Tempoh bayaran adalah pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:

Sabda Rasulullah SAW daripada Ibn Umar yang bermaksud: Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin. (HR Al Bukhari)

KADAR PENGIRAAN

Kadar Asas Zakat Fitrah (3 kadar) bagi tahun 2026 :

RM 9.00 Beras tempatan 

RM 15.00 Beras import dan seumpamanya

RM 23.00 Beras Basmathi dan seumpamanya

FATWA ZAKAT FITRAH

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali Ke-60 memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu :

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya

4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Waktu Wajib : Bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya)

Waktu Harus : Dari Awal Ramadan sehingga akhir Ramadan

Waktu Sunat : Sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya

Waktu Makruh : Mentakhirkannya sehingga selesai solat hari raya

Waktu Haram : menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah.

DI MANA ZAKAT FITRAH PERLU DIBAYAR

Di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya.

Walaupun begitu, lebih elok baginya untuk dibayar di tempat kerjanya yang membolehkan tanggungjawab berzakat diselesaikan dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

FAQ

Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap individu sama ada lelaki atau wanita, kanak-kanak atau dewasa, merdeka atau hamba, miskin atau kaya, orang bandar atau pedalaman jika cukup syarat.
Bagi orang yang belum mempunyai tanggungan, zakat fitrahnya disempurnakan oleh dirinya sendiri atau orang yang menanggung nafkahnya. Adapun orang yang telah mempunyai tanggungan, ia wajib menyempurnakan zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan juga setiap orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya merangkumi;
1. Isteri.
2. Asal-usulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek hingga berikutnya ke atas).
3. Zuriatnya (iaitu anak-pinak dan cucu-cicit, sama ada lelaki atau perempuan, kecil atau besar/dewasa).
4. Hamba yang dimiliki.

Hendaklah membayar zakat untuk diri sendiri dan sebahagian tanggungannya mengikut urutan keutamaan di bawah;
1. Isterinya
2. Anaknya yang kecil (belum baligh)
3. Ibunya
4. Bapanya
5. Anaknya yang dewasa
Jika terdapat lebih dari seorang (seperti ia memiliki lebih dari seorang isteri atau lebih dari seorang anak kecil), maka ia boleh memilih dari kalangan mereka siapa yang hendak ia zakatkan.

Terdapat khilaf ulama;
1. Mengikut mazhab Syafi'ie, Maliki dan Hambali; zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan asas setempat. Tidak harus dikeluarkan dalam bentuk wang sekalipun yang sama harga dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat mengikut nilaian semasa.

2. Menurut mazhab Hanafi; harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang yang sama nilai dengan harga satu gantang makanan asas tadi jika itu lebih memberi manfaat kepada fakir miskin. Pandangan mazhab Hanafi ini ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh Zakat.

Fatwa di dalam negara kita Malaysia menerima pandangan yang mengharuskan pembayaran zakat fitrah menggunakan wang berdasarkan nilaian makanan asasi.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah memutuskan berkenaan hukum membayar fitrah dengan harga, iaitu wang tunai. "Jawatankuasa berpendapat harus bagi kaum muslimin di dalam negeri Kedah membayar zakat fitrah yang wajib ke atas mereka dengan harga makanan (beras) yang biasa dimakan iaitu dengan bertaqlidkan kepada mazhab Imam Abi Hanifah Rahimahullah." (Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah; 1989)

Zakat fitrah boleh ditunaikan di tempat kita tinggal. Namun fuqaha’ berpandangan, ia menjadi lebih afdal ditunaikan di tempat kita mendirikan solat Aidilfitri. Ini berdasarkan hadis sahih Imam al-Bukhari, iaitu para sahabat diperintahkan oleh Nabi ﷺ untuk menunaikan zakat fitrah sebelum mereka keluar menunaikan solat Aidilfitri. Sebab itu merupakan waktu paling afdhal.

1. Para ulama' bersepakat menyatakan bahawa sesiapa yang memegang sebarang jawatan sama ada umum atau khusus adalah dilarang menerima sebarang bentuk hadiah atau pemberian atas nama jawatan yang disandangnya. Lebih-lebih lagi jika jawatan yang disandang itu mempunyai kaitan dengan urusan harta atau wang ringgit, seperti amil zakat dan lain-lain.

2. Larangan menerima hadiah berkenaan adalah berdasarkan hadith:
Ertinya: Nabi ﷺ menugaskan seorang sahabat dari qabilah Bani Asad yang dikenali sebagai Ibnul Lutbiah untuk mengutip zakat. Lalu setelah ia pulang, dia berkata kepada Nabi ﷺ: "Ini adalah harta kamu (zakat), manakala harta ini pula adalah yang dihadiahkan kepadaku". Maka Nabi segera naik ke atas mimbar lalu bertahmid dan memuji Allah seraya ﷺ berkata: "Apa kena dengan petugas (amil) yang kami hantar bertugas ini? Dia berkata, "harta ini untuk kamu dan yang ini pula untukku". "Adakah jika dia sekadar duduk di rumah ibu bapanya dia akan diberi hadiah? Demi Allah, tidaklah dia mengambil dengan sesuatu itu melainkan ia nanti akan memikulnya kembali di bahu pada hari kiamat kelak (azab), ianya umpama unta yang mengeluarkan suara unta, atau seperti lembu yang akan keluarkan suara lembu, atau seperti kambing yang akan keluarkan suara kambing. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

3. Imam Nawawi Rahimahullah memberi komen berkenaan hadith di atas: “Hadith tersebut menjelaskan bahawa hadiah yang diterima oleh seorang petugas (amil) adalah haram. Pengharaman ini dapat difahami berdasarkan hadith di atas yang menjelaskan tentang hukuman yang bakal dikenakan kepada orang yang menerima hadiah tersebut, lebih- lebih lagi ancaman bentuk hukuman di mana si penerima akan menanggung barang yang diambil itu pada hari kiamat kelak.” Di dalam hadith tersebut juga Baginda menjelaskan sebab haramnya seorang amil menerima hadiah, iaitu disebabkan jawatannya. Hal ini berbeza jika hadiah itu bukan atas faktor jawatan, hadiah seumpama itu memang disunatkan. Manakala hukum jika amil telah pun menerima hadiah tersebut, maka hendaklah ia mengembalikan harta tersebut kepada pemiliknya, namun jika dia tidak mampu maka harta berkenaan hendaklah diserahkan ke Baitul Mal. (Syarah An-Nawawi 'ala Sahih Muslim; 6/462).

4. Imam Al-Kamal Ibnul Humam Rahimahullah bersependapat dengan Imam An- Nawawi di dalam hal ini, beliau turut menyatakan bahawa sebab pengharaman yang demikian itu adalah kerana jawatannya. (Fathul Qadir; 7/272).

5. Larangan terhadap sebarang jenis hadiah yang diterima adalah atas kapasiti sebagai amil atau sebab jawatan yang disandang turut diambil dari sebuah hadith: Ertinya: “Hadiah yang diterima oleh si pemegang jawatan dikira sebagai ghulul (harta curi)”. (HR Ahmad, al-Baihaqi dan lain-lain). Ghulul atau mengambil harta orang lain tanpa hak dijelaskan sebagai salah satu dari dosa besar. Ianya sepertimana yang telah dijelaskan oleh Imam An-Nawawi Rahimahullah: "Telah sepakat umat Islam bahawa betapa beratnya pengharaman ke atas harta ghulul itu, dan ianya termasuk salah satu dari jenis dosa besar. Dan turut disepakati juga bahawa harta ghulul itu wajib dikembalikan kepada tuannya". (Syarah sahih muslim, Imam An-Nawawi; 12/217)

6. Imam al-Ghazali pula turut menyatakan bahawa sebarang hadiah yang diterima atas jalan menggunakan jawatannya adalah haram. Bahkan sebarang hadiah yang diterima daripada kawannya sendiri juga perlu dielakkan jika timbul keraguan, iaitu adakah hadiah seumpama itu akan diberi juga apabila dia sudah tidak berjawatan kelak ataupun tidak? (Ihya' Ulumiddin; 2/156).

7. Larangan menerima hadiah daripada pihak lain atas asas jawatan yang dipegang itu adalah disebabkan kemungkinan atau boleh membuka ruang berlakunya penyalahgunaan kuasa. Seperti seorang amil zakat mungkin ia akan meluluskan permohonan zakat bagi orang yang tidak layak, iaitu setelah termakan jasa dari pemberian hadiah sebelum dari itu.

8. Namun larangan berkenaan dikecualikan jika si penerima hadiah itu telah mendapat keizinan dari pihak berautoriti seperti pemerintah atau majikannya. Perkara ini disentuh oleh Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani Rahimahullah di dalam bukunya: "Ditegah seorang pegawai menerima hadiah...... persoalan ini adalah jika dia tidak mendapat keizinan dari pemerintah, iaitu berdasarkan sebuah hadith riwayat at-Tirmidzi daripada riwayat Qais bin Abi Hazim daripada Muaz bin Jabal RA berkata ia: "Rasulullah ﷺ mengutus aku ke Yaman seraya bersabda" : "Jangan kamu mengambil sesuatu tanpa izin dariku, sesungguhnya ia merupakan harta ghulul". Dan berkata al-Mahlab dalam memberi komen kepada isu tersebut: "Jika diambil juga harta berkenaan, hendaklah diletakkan di Baitul Maal. Pegawai berkenaan tidak berhak mengambilnya melainkan apa yang diizinkan oleh pemerintah". Perkara ini adalah berdasarkan peristiwa Ibnul Lutbiah yang menyatakan harta yang diambil itu adalah harta yang dihadiahkan kepadanya. (Fathul Bari Syarah Soheh Al-Bukhari; 13/179

Kesimpulannya, berdasarkan segala penghujahan dari Hadtih dan juga komentar para ulama' muktabar yang dibincangkan sebelum ini, adalah dinasihatkan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan urusan kutipan zakat hendaklah ia berhati-hati dan menjauhi daripada mengambil sebarang sedekah atau lebihan daripada bayaran zakat yang dibayar oleh muzakki. Jika pihak muzakki tetap hendak memberinya, duit berkenaan hendaklah diserahkan kembali kepada LZNK.

Atau sekurang-kurangnya lebihan atau hadiah berkenaan diserahkan sebagai manfaat lebih yang umum. Ianya bertepatan dengan hadith Nabi yang bermaksud: "Tinggalkan perkara yang meragukan kamu, dan ambillah perkara yang tiada keraguan padanya" (Riwayat Abu Daud, At- Tirmidzi dan lain-lain).

Kira & Tunaikan Zakat
Fitrah Sekarang