1.PENGENALAN
Wang simpanan ialah wang yang disimpan oleh pemiliknya sama ada di dalam simpanan seperti tabung, peti besi, bekas dan seumpamanya atau disimpan di dalam akaun simpanan milik institusi kewangan, perbankan, koperasi, takaful dan seumpamanya. Ia meliputi akaun simpanan tetap mahupun simpanan biasa.
2. DALIL KEWAJIPAN
Firman Allah جل جلاله:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِينَ اٰمَنُوْٓا اِنَّ كَثِيْرًا مِّنَ الْاَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُوْنَ اَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِۗ وَالَّذِيْنَ يَكْنِزُوْنَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُوْنَهَا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِۙ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ اَلِيْمٍۙ ٣٤
Maksudnya:
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah
apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah al-Taubah; 34-35)
Syarat Khusus Zakat Wang Simpanan
Syarat-syarat umum wajib zakat adalah terpakai. Syarat khusus adalah berkaitan dengan nisab di mana nisabnya adalah mengikut nisab emas iaitu 85 gram. Oleh itu segala jenis harta yang mempunyai ‘illah yang sama dengan emas akan dicampurkan kesemuanya bagi tujuan kiraan zakat, seperti jumlah simpanan Tabung Haji, wang simpanan di bank-bank, nilai tunai polisi takaful (cash value) jongkong/dinar emas dan lain-lain lagi digabungkan untuk mencukupkan nisab emas iaitu 85 gram.
Syarat :
1. Cukup Nisab (Rujuk Nisab Semasa di https://jom.zakatkedah.com.my/)
2. Cukup Haul : Cukup setahun iaitu 1 tahun hijrah (354 hari)
3. Kadar : 2.5 %
Jenis-jenis Zakat Wang Simpanan
Semua deposit di institusi kewangan (sama ada patuh syariah atau konvensional) adalah menjadi tanggungjawab pendeposit sendiri untuk menunaikan zakat.
KAEDAH TAKSIRAN
Jumlah simpanan dihujung haul x (2.5% atau 2.577% mengikut haul tahun Hijri atau Masihi) = Jumlah Zakat
| TARIKH | KELUAR (RM) | MASUK (RM) | BAKI (RM) |
|---|---|---|---|
| 01 JANUARI | 25,000.00 | 25,000.00 | |
| 23 APRIL | 2,000.00 | 23,000.00 | |
| 30 MAY | 3,000.00 | 20,000.00 | |
| 12 OGOS | 1,000.00 | 19,000.00 | |
| 11 NOVEMBER | 2,000.00 | 21,000.00 | |
| 31 DISEMBER | 2,000.00 | 23,000.00 |
Keputusan Irsyad Fatwa
Jawatankuasa fatwa telah meneliti persoalan mengenai kaedah pentaksiran zakat wang simpanan dan bersetuju membuat keputusan seperti berikut:
i. Zakat wang simpanan hendaklah ditaksir berdasarkan baki terakhir di dalam keseluruhan simpanan yang mencukupi nisab dan haulnya.
ii. Pentaksiran melalui kaedah baki terakhir adalah lebih rajih dan aslah berbanding baki terendah untuk mempermudahkan kaedah pelaksanaannya.
(Irsyad al-Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Kedah; 16 Januari 2024)
Nota :
1. Baki terakhir dalam penyata melebihi nisab semasa
2. Tahun haul bermula 01/01/ dan kekal di dalam nisab sehingga 31/12
3. Baki terakhir RM23,000.00 (jumlah ini melebihi nisab)
Zakat : RM 23,000.00 x 2.5% = RM 575.00