Skip to main content

LZNK – Portal Rasmi

LZNK HIMPUNKAN 50 TUAN GURU PONDOK KEDAH DALAM SESI PERTEMUAN MAHABBAH

ALOR SETAR, 22 November – Seramai 50 orang Tuan Guru Pondok dari seluruh negeri Kedah menghadiri Sesi Pertemuan Mahabbah yang berlangsung di Menara Zakat, Alor Setar, hari ini bagi memperkukuh hubungan kerjasama antara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan institusi pondok.

Pertemuan tersebut menghimpunkan para Tuan Guru bersama Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Kerajaan Negeri Kedah dan Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK.

Sesi berkenaan menjadi platform untuk berkongsi pandangan berkaitan pengurusan zakat serta membincangkan peluang kerjasama dalam menyokong pendidikan Islam dan kebajikan institusi pondok di Kedah.

Melalui pertemuan ini, LZNK berpeluang mendengar sendiri pandangan dan cadangan daripada para Tuan Guru bagi memahami keperluan institusi pondok dengan lebih dekat. Perkongsian tersebut turut memberi ruang kepada perancangan bentuk sokongan yang lebih bersesuaian demi memastikan kelangsungan pendidikan Islam di negeri ini.

Antara 50 orang Tuan Guru Pondok yang hadir ialah:

  1. Tuan Guru Dato’ Haji Abdullah Lebai Samah – Bukit Lada
  2. Tuan Guru Baba Haji Ahmad Azhari Yusof – Gulau
  3. Tuan Guru Haji Johari Morad – Sungai Mati
  4. Tuan Guru Haji Abdul Rahim Jaafar – Ulu Bakai
  5. Tuan Guru Haji Abdul Halim Abdul Kadir – Tandop Pisang
  6. Tuan Guru Haji Othman Din – Sungai Pau
  7. Tuan Guru Syeikh Haji Aminuddin Abdul Rahim – Guar Cempedak
  8. Tuan Guru Syeikh Haji Zulkifli Mohd Suhaimi – Sungai Dedap
  9. Tuan Guru Baba Badrol Azhar Abu Bakar – Bukit Beirut
  10. Tuan Guru Baba Haji Mohamad Nasir Abdul Ghani – Permatang Kaka
  11. Tuan Guru Haji Ismail Mahmud – Charok Tala
  12. Tuan Guru Baba Abdullah Che Had – Tanjung Belit
  13. Tuan Guru Haji Hafiz Mustaffa Lubis – Tanjung Kapur
  14. Tuan Guru Haji Fishol Hashim – Teluk Wang
  15. Tuan Guru Haji Ilyas Yaakob – Rambong
  16. Tuan Guru Ustaz Helmi Yaakob – Rambong
  17. Tuan Guru Ustaz Ahmad Marzuki Yusof – Kejai
  18. Tuan Guru Haji Norazman Kasim – Simpor
  19. Tuan Guru Ustaz Alias Abdullah – Beris Jaya
  20. Tuan Guru Ustaz Abdul Halim Hussin – Sungai Badak
  21. Tuan Guru Haji Nizam Azizan – Pantai Merdeka
  22. Tuan Guru Ustaz Naem Hussin – Charok Bakap
  23. Tuan Guru Haji Hafizan Yahya – Junjong
  24. Tuan Guru Haji Abdullah Azraie – Batu Hampar
  25. Tuan Guru Haji Ismail Saad – Lepai
  26. Tuan Guru Ustaz Hamdan Dziauddin Abdul Wahab – Banggol Berangan
  27. Tuan Guru Ustaz Zahirul Basri – Rambong
  28. Tuan Guru Ustaz Jamil Yunus – Sungai Tas
  29. Tuan Guru Ustaz Atiqullah Rifae – Charok Salang
  30. Tuan Guru Ustaz Ahmad Yazid – Tembak
  31. Tuan Guru Ustaz Dr. Mohd Fazali Abdul Manas – Gunung Bongsu
  32. Tuan Guru Ustaz Yusof Marzuki – Teroi Bukit
  33. Tuan Guru Ustaz Abdul Qayum – Beris Jaya
  34. Tuan Guru Syeikh Nizar – Sungai Pasir
  35. Tuan Guru Baba Kamel Mustapha – Kuala Beris
  36. Tuan Guru Haji Suhaimi Md Dahan – Kuala Lanjut
  37. Tuan Guru Baba Zikri Abdul Kadir – Bukit Endoi
  38. Tuan Guru Ustaz Ali Abu Bakar – Bandar Hilir
  39. Tuan Guru Haji Ismail Taib – Telaga Panchor
  40. Tuan Guru Haji Adnan Abdul Majid – Sungai Karangan
  41. Tuan Guru Baba Rozaidi – Paya Nedam
  42. Tuan Guru Ustaz Irfan Nazhan – Bukit Raya
  43. Tuan Guru Ustaz Khoze Othman – Pida 3
  44. Tuan Guru Ustaz Fakhiradzi Yaakob – Sungai Tembak (A)
  45. Tuan Guru Ustaz Azizan Ali – Changloon
  46. Tuan Guru Ustaz Hafiz Rejab – Sungai Korok
  47. Tuan Guru Ustaz Muhammad Hanafi Musa – Carok Bakap
  48. Tuan Guru Haji Abdul Rauf Osman – Padang Durian
  49. Tuan Guru Syeikh Haji Wan Muhammad Izuddin Wan Ibrahim – Gajah Mati
  50. Ustaz Mohd Firdaus bin Nan – Pondok Haji Majid

Turut hadir sebagai jemputan khas ialah Ustaz Muhammad Zakaria Zulkifli, Timbalan Setiausaha HESA; Muhammad Fakrulrazi Zakaria, Media HESA; Tengku Yusuff, Pegawai HESA; Profesor Madya Dr. Mohd Nizho Abdul Rahman, Setiausaha PMPS Kedah; serta Ustaz Abdullah Din, Timbalan Yang Dipertua PUK.

Penganjuran pertemuan ini mencerminkan komitmen LZNK untuk terus mendekati institusi pondok serta memperkukuh kerjasama dalam pembangunan pendidikan Islam dan kebajikan masyarakat.

Diharapkan hubungan ukhuwah yang terjalin menerusi pertemuan ini dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik demi memartabatkan institusi pondok dan pendidikan Islam di negeri Kedah.