LZNK DAN PNB PERKASA PEMBANGUNAN UMMAH DI PULAU TUBA, LANGKAWI
LANGKAWI, 14 Julai – Majlis Perasmian Projek Pembangunan Ummah di Pulau Tuba telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Al-Wafa, Pulau Tuba, sebagai manifestasi kerjasama strategik antara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam memperkukuh pembangunan sosioekonomi ummah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman […]




