LZNK KONGSI FORMULA SINERGI ZAKAT, SUMBER AM DAN WAKAF DI KONVENSYEN BAITULMAL KEBANGSAAN 2026
KUALA NERUS, 28 Julai 2026 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berkongsi pendekatan strategik dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi ummah menerusi penyertaan dalam Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2026 yangberlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman, telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Sinergi Zakat, Sumber Am dan Wakaf: Formula Komprehensif Penggerak Kemajuan Sosioekonomi Ummah”, yang mengetengahkan kepentingan sinergi antara zakat, sumber am dan wakaf sebagai instrumen kewangan sosial Islam dalam memacu pembangunan sosioekonomi ummah secara holistik dan mampan..
Dalam pembentangan tersebut, beliau turut berkongsi pengalaman LZNK dalam membangunkan sektor pertanian menerusi pelaksanaan Smart Sawah dan Projek Hassan Kilang Padi LZNK. Kedua-dua inisiatif strategik itu dilaksanakan bagi memperkasa ekonomi petani, meningkatkan produktiviti sektor padi serta membangunkan ekosistem pertanian yang lebih mampan.

Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2026 menjadi platform pentingyang menghimpunkan institusi pengurusan baitulmal, zakat dan wakaf, ahli akademik serta pengamal industri bagi berkongsi idea, pengalaman dan amalan terbaik ke arah memperkukuh tadbir urus kewangan sosial Islam di Malaysia.
Penyertaan LZNK dalam konvensyen tersebut mencerminkan komitmen berterusan institusi itu dalam berkongsi pengalaman, memperluas jaringan kerjasama strategik serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem kewangan sosial Islam yang lebih berdaya saing dan lestari.





