Skip to main content

LZNK – Portal Rasmi

LZNK ANJUR MUZAKKI NETWORK SESSION 2026, PERKUKUH JARINGAN STRATEGIK USAHAWAN MUZAKKI

ALOR SETAR, 26 Oktober 2026 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terus memperkukuh hubungan bersama golongan muzakki menerusi penganjuran Muzakki Network Session 2026 yang berlangsung di Bilik Seminar, Aras 2, Menara Zakat, Alor Setar.

Program yang menghimpunkan usahawan muzakki ini bertujuan menjadi platform untuk membina jaringan strategik, berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan berkaitan pengurusan dan pembangunan perniagaan.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, dengan diiringi Encik Mohamad Zaidi bin Azizan, Ketua Pegawai Kutipan LZNK.

Antara pengisian program termasuk forum *Success Story Sharing*, perkongsian berkaitan zakat perniagaan dan peranan muzakki, serta sesi pembangunan kemahiran bagi menyokong pertumbuhan perniagaan dalam kalangan peserta.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen LZNK untuk terus menyantuni para muzakki, memperkukuh hubungan dengan komuniti perniagaan serta meneroka peluang kerjasama strategik yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah secara mampan.

Melalui pengukuhan jaringan dan perkongsian ilmu, inisiatif ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan muzakki untuk berkembang bersama, di samping memperluas manfaat kepada masyarakat.

LZNK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua panel jemputan dan usahawan muzakki yang telah menjayakan program ini.

Menyantuni Muzakki, Memperkasa Asnaf.